Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman telah ditubuhkan pada 3 Januari 2011. Pada awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat 9 orang guru termasuk pengetua dan 13 orang kakitangan sokongan. Pengambilan pelajar pertama adalah seramai 117 orang iaitu 55 orang lelaki dan 62 orang perempuan. Pada permulaannya, lokasi sekolah ini menumpang sementara di Kolej Ketengah dan pada bulan April 2011, pihak sekolah telah berpindah ke bangunan asrama berkelompok YT Bandar AMBS sebagai penempatan sementara.
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman telah berdaftar di bawah Institusi Pendidikan Swasta bermula pada 12 Februari 2012 dan diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Terengganu dan telah berkolaborasi bersama Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dibawah kategori Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Pembinaan tapak bangunan asal sekolah terletak di Beris Meraga, Kemasek telah berjalan dan dijangkakan dapat digunakan pada pertengahan tahun 2014.
Pada 1 Disember 2015, pihak sekolah telah berpindah ke bangunan asal iaitu di Meraga Beris dan akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2016 dengan bilangan pelajar seramai 299 orang, guru seramai 46 orang dan kakitangan 19 orang.
Pada tahun 2017, Imtiaz YT Kemaman telah memilih pembelajaran mengikut sistem kokurikulum Berteraskan Tahfiz (KBT). Selaras dengan objektif Imtiaz Kemaman untuk melahirkan generasi Ulul Albab dan celik Al-quran. Bilangan murid pada tahun 2017 seramai 306 orang, guru 52 orang, guru tasmik sambilan 10 orang dan kakitangan sokongan 18 orang.
Matlamat utama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman Berjaya melahirkan pelajar yang boleh menghafaz al-quran 10 juzuk setahun dengan membaca secara lancar dan hafaz sebutannya serta menyertai semua pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan yang melibatkan aktiviti al-quran. Menjadikan al-quran sebagai asas untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang bercirikan Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.