SEJARAH & LATAR BELAKANG AGRO JUNIOR AL FAROUQ
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman yang terletak di dalam Mukim Kemasek daerah Kemaman mula beroperasi pada tahun 2016 setelah berpindah dari tapak asal di Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Sekolah yang berkeluasan lapan ribu dua ratus lapan puluh sembilan ekar ni memulakan pembinaannya pada tahun 2010. Pada 6 Mei 2019, Yayasan Terengganu telah meluluskan permohonan sekolah untuk memajukan tanah terbiar yang terdapat di sekitar kawasan sekolah. Pada 21 Mei 2019, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman telah bermesyuarat dengan pihak Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Kemaman untuk membangunkan Projek Penanaman Kelapa Sawit.
Langkah pertama yang telah diambil adalah membersih dan membuat teres di atas lapan ekar tanah yang mengambil masa selama dua minggu. Ladang Agro Junior Al - Farouq adalah satu usaha untuk membantu menyerikan lagi persekitaraan sekolah dengan lanskap yang indah menggunakan tanaman yang juga akan memberikan hasil kepada sekolah.
Terdapat 2 jenis tanaman yang diusahakan di Ladang Agro Junior Al-Farouq dan juga di kawasan sekolah:
Kelapa Pandan
Kelapa Sawit
Segala proses penanaman dilaksanakan dengan secara muhibah dengan konsep gotong-royong.
Objektif penanaman kelapa sawit dan kelapa pandan
- Menjana pendapatan bagi mengisi tabung kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
- Membina kemenjadian murid melalui aktiviti pertanian.
- Menjadikan pusat penyelidikan dalam sektor pertanian.
Senarai projek yang telah dijalankan oleh sekolah dengan kerjasama dari PIBG dan Koperasi sekolah
- Projek Tanaman Pokok Kelapa Pandan Pasca PT3 2018
- Tarikh 22 Oktober 2018
- Projek kerjasama Koperasi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman
- Penanaman di sekitar kawasan hadapan sekolah
- Kelapa pandan - 250 pokok
- Perasmian Projek Penanaman Kelapa Pandan oleh Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu oleh Tn. Hj. Zulkepli Bin Mat Jusoh@Yusof.
- Tarikh: 16 Februari 2019
- Penanaman disekitar Tasik Al-Farouq Kemaman
- Kelapa pandan - 400 pokok
3) LADAP Penanaman Kelapa Pandan dan Kelapa Sawit
- Tarikh: 30 Julai 2019
- Projek kerjasama Koperasi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman
- Kelapa sawit - 550 pokok
- Kelapa pandan - 1000 pokok
4) Projek Penanaman Kelapa Sawit dan Kelapa Pandan Menggunakan Khidmat Anggota
Diparol (ODP)
- Tarikh: 16 November 2019
- Kelapa Sawit - 950 pokok
- Kelapa Pandan - 750 pokok
Jumlah keseluruhan pokok yang telah ditanam
Pecahan bilangan pokok
Kos projek
Kos Yang Telah Dibelanjakan Sehingga Ogos 2020
Kesemua pokok ini ditanam di sekitar kawasan sekolah yang berkeluasan lebih kurang 36.2 ekar. 30 ekar kawasan ladang dan 6.2 ekar kawasan sekolah.
Sepanjang pelaksaan projek ini, RM120 ribu telah dibelanjakan yang terdiri dari sumbangan PIBG, guru-guru, staf sekolah dan orang ramai dan RM60 ribu lagi menggunakan sumber dari Koperasi Sekolah.
Jumlah keseluruhan pokok yang telah ditanam di kawasan sekolah dan di lading adalah sebanyak 2500 pokok; 1250 pokok kelapa sawit dan 2500 pokok kelapa pandan dimana 500 pokok kelapa pandan telah ditanam di kawasan sekolah bagi mencantikkan lagi lanskap Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman.
Projek yang bermula dengan satu idea yang bernas dahulunya kini semakin berkembang dan bakal menjadi lebih efisyen dan maju bagi membuahkan hasil pada sekolah dibumi Terengganu ini.
Perancangan masa hadapan