KELAPA PANDAN
KELAPA PANDAN dikenali juga dengan nama kelapa wangi atau ‘aromatic dwarf’ (cocos nucifera) diminati dalam kalangan penanam kelapa dan juga peminat air kelapa. Ia mula diperkenalkan di Thailand pada sekitar tahun1971 dan dikenali dengan nama ‘Makprow Nam Horn’, kini mula popular di negara ini. Hal ini disebabkan airnya yang beraroma wangi atau berbau daun pandan. Enak diminum dan dimakan segar atau dibuat sarbat.
Isi kelapa pandan tua juga sesuai dibuat kuih. Kelapa pandan jenis rendah dihasilkan secara pendebungaan terbuka dan ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Buahnya berwarna hijau, kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Boleh mengeluarkan sehingga 10 – 22 biji bagi setandan.
Anak benih pokok pandan mudah dikenali melalui aroma pandan pada hujung akar yang dihancurkan atau aroma pandan yang terhasil apabila bahagian bawah lai daun dilayur dengan api. Purata hasil kelapa pandan adalah diantara 30,000 biji/ha/tahun dengan jarak tanaman 6.5m X 6.5m yang menggunakan system tiga segi dengan menghasilkan 272 pokok/ha.
Projek Landskap ‘aromatic dwarf’ Al Farouq ini mula dijalankan pada 22 Oktober 2018 bersama aktiviti Pasca PT3 dan diperluaskan lagi dengan tanaman disekitar blok Saidina Umar sebanyak 400 pokok disekitar kolam. Kemudiannya melalui aktiviti gotong royong dan LADAP guru pada 16 Februari 2019.
Manakala pada 30 Julai 2019, program ini mendapat sambutan bersama Persatuan Ibu Bapa secara gotong royong dan pada 16 November 2019 secara bergotong royong. Selain ibu bapa, terdapat juga beberapa agensi yang turut membantu menjayakan program ini.