Tahniah Atas Kejayaan SPM 2020
12 Jun 2021
Allahamdulillah..
Tahniah dan Syabas kepada semua anak soleh dan solehah pintar Batch VF SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman atas kejayaan anda.
Peperiksaan adalah wasilah... Perlu memahami konsep usaha, tawakal...
Jika sudah berusaha sehabis baik, maka letakkan hasil kepada ALLAH SWT..
"Apabila kamu berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakal"
KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI
AL-FAROUQ INTELLIGENT CALIPHS
Keputusan Peperiksaan SPM 2020
10 Jun 2021
Semestinya 10 Jun 2021 adalah hari yang paling mendebarkan buat calon SPM Ikem.
Dengan Pengumuman yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Bin Jidin ketika siaran langsung media keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 menerusi program DIdik TV3 pagi tadi diharap dapat meredakan debaran dan menjawab segala persoalan. Menurutnya, ia pencapaian terbaik sejak tahun 2016 dengan mencatatkan pencapaian calon yang terbaik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM Ikem..
KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI
AL-FAROUQ INTELLIGENT CALIPHS
Program E-Ihtifal Pra Universiti Sekolah-sekolah KPM 2021
Majlis Persaraan Pen Kanan Hem
7 Jun 2021
Budi Disanjung, Jasamu Dikenang
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik diingat selalu
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh didalam taman
Junjung budi kenangan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
Mengait rambutan mengunakan galah
Disimpan bersama buah berangan
Walau sezarah silap dan salah
Harap dimaafkan disimpan jangan
Subuh hari memetik kangkung
Kangkung dipetik bersama serai
Setelah semusim kita berkampung
Tiba masanya kita bersurai
Pohon mempelam lebat berbuah
Gugur sebiji ditepi tangga
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di izinkan Allah berjumpa juga
Selamat bersara buat Puan Che Zahariah bt Omar (Pen Kanan Hal Elwal Murid). Tempoh berkhimat bermula 1 September 2016 hingga 1 Jun 2021. IKEM kehilangan seorang warga yang penyabar. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yg baik, kebahagiaan dan ketenangan bersama keluarga tercinta selepas persaraan serta dipermudahkan segala urusan. Semoga bahagia dunia dan akhirat. Majlis bersama pelajar disambut di Musolla Asy-Syakirin sebelum bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diadakan secara alam maya pada 7 Jun 2021.
Majlis Khatam Al-Quran 2021
6 MEI 2021
Majlis Khatam Al-Quran diadakan pada 6 Mei 2021| Khamis pada jam 9.00 pagi, bertempat di Musolla Asy-Syakirin SM Imtiaz YT Kemaman. Majlis disempurnakan oleh Ustaz Azli Bin Musa, Penolong Kanan Pentadbiran SM Imtiaz YT Kemaman. Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan kepada anak-anak soleh dan solehah pintar yang cemerlang, yang mumtaz prestasi hafazan mereka. Selain itu sebagai inspirasi kepada pelajar lain.
Majlis ini diadakan merangkumi program untuk Anugerah SUMUR 2021, Cenderahati Imam Terawih 2021 dan Sumbangan Hari raya bagi Pelajar Kurang Berkemampuan.
AL-FAROUQ INTELLIGENT CALIPHS
Sentiasa amalkan langkah pencengahan
#janganalpa
#kitajagakita
#keluargamalaysia
Cara simpan pelitup muka semasa makan
Cara pakai pelitup muka yang betul
#kitajagakita
#janganalpa
#stopcovid19
Masukkan 5 perkara dalam hati kita
i. Rasa ingin dekat dengan ALLAH
ii. Rasa ingin diampunkan ALLAH
iii. Rasa ingin dibersihkan
iv. Rasa ingin diangkat darjat
v. Rasa ingin diubah tabiat
Moga ALLAH redha :)
jangan dilupakan pada yang putih,
ianya suci, bersih
pada usia,
sudi juga mengingatkan,
kita kepada kematian
"Kembangkan minat untuk belajar. Jika kamu melakukannya, kamu tidak akan pernah berhenti bertumbuh." - Anthony J. D'Angelo
Raihlah ilmu. Dan untuk meraih ilmu, belajarlah untuk tenang dan sabar.
Tuntutlah ilmu. Di saat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Di saat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu.
Kadang-kadang kita fikir kehidupan orang lain lebih baik, padahal mungkin saja kehidupan dia lebih sukar daripada kehidupan kita, cuma dia saja tidak mengeluh.