Majlis Apresiasi Kecemerlangan Al-Farouq SPM 2021
29 Julai 2021
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman telah mengadakan majlis Apresiasi Kecemerlangan AL-Farouq SPM 2020 dengan anjuran oleh MPIBG SM IMtiaz YT Kemaman dengan kerjasama Koperasi SM Imtiaz Berhad . Majlis ini diadakan untuk meraikan dan menghargai kejayaan anak-anak soleh dan solehah pintar dan jasa guru-guru serta pihak lain dalam mengharumkan nama sekolah.
Tahniah dan syabas kepada semua atas kejayaan sekolah.
Ucapan Pengerusi Majlis dan Alunan Gema Wahyu
Ucapan Ayahanda Ustaz Ruslan Bin Ibrahim , Pengetua. membentangkan analisa keputusan SPM mengikut tahun.
Ucapan Tuan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Tuan Haji Idris Bin Bidin.
Ucapan wakil pengarah Yayasan Terengganu oleh Tuan Haji Mazlan Bin Che Wil
Ucapan perasmian Oleh YB Ir Saiful Azmi Bin Suhaili, YDP MPIBG SM Imtiaz YT Kemaman merangkap ADUN Kemasek
Anugerah diberikan untuk pelajar terbaik, pelajar 12a, 11a, 10a dan Anugerah Lonjakan Saujana.
- Anugerah Pelajar Terbaik
- Sumbangan untuk pelajar 12A
- Sumbangan untuk pelajar 11A
- Sumbangan untuk pelajar 10A
- Anugerah Lonjakan Saujana
Sumbangan diberikan juga untuk guru-guru. Antaranya
- Anugerah Lonjakan GMP Tertinggi SPM 2020
- Anugerah Guru Mata Pelajaran Terbaik Peringkat Negeri Terengganu Tempat Ke-3
- Anugerah Peningkatan GPMP SPM 2020
Ladap Warga SM Imtiaz YT Kemaman
14 Julai 2021
SM Imtiaz YT Kemaman telah mengadakan LADAP untuk semua Warga dengan tajuk Kerja Dalam Norma Baharu Pandemik.
Ladap ini disampaikan oleh Cik Mahfuzzah Binri Mohamad, KPD Kemaman. dan diadakan secara dalam talian.
tajuk : kerja dalam norma baharu pandemik
Rangkuman Hafazan Pelajar Ikem Bulan Satu Hingga Enam 2021
31 Jun 2021
الحمد لله ثم الحمد لله
Rangkuman hafazan pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman bulan januari hingga bulan Jun 2021.
Tahniah dan syabas kepada anak soleh dan solehah pintar,
telah berjaya Khatam 30 juz al-Quran. Pada
Bulan Januari
Bulan Februari
Bulan Mac
Bulan April
Bulan Mei
Bulan Jun
Semoga beliau sentiasa istiqamah dalam menghafaz, murajaah & beramal dengan alQuran sepanjang hayat, semoga berjaya di dunia dan akhirat. Semoga menjadi pendorong semangat kepada rakan-rakan yang lain.
Aamiin.. In shaa allah
Motivasi Perkongsian Gemilang Bekas Pelajar Cemerlang
9 Julai 2021
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SM Imtiaz YT Kemaman mengadakan program motivasi perkongsian gemilang bekas pelajar cemerlang yang berlangsung pada 9 Julai 2021 pada 3.00 petang yang melibatkan semua pelajar SM Imtiaz YT Kemaman. Program ini diadakan secara dalam talian. Motivasi ini menjemput Saudari Husna Mardiyah Binti Mohd Fauzi, Saudara Muhammad Syakir Iman Bin Shaffie dan Saudara Muhammad Hilman Bin Nor Azmi.
Program ini diadakan untuk:-
Semoga pelajar dapat mengambil input daripada program motivasi tersebut.
Pertandingan 'Jazro Monthly Online Game 2021
26 Jun 2021
SM Imtiaz YT Kemaman dan IKRC mengucapkan tahniah kepada anak soleh pintar, adik A. Aireill Bin Shamsudin (tingkatan 1) yang mendapat johan dalam pertandingan atas talian 'Jazro Monthly Online Game 2021 (Mei), dalam kategori Maze Game Challenge. Pertandingan dikendalikan oleh Jazro Robotik Academy.
Selain adik A.Aireill, beberapa pelajar IKEM dari tingkatan 1 turut serta dalam pertandingan ini.
Setakat ini, IKRC dimaklumkan berkenaan penyertaan 13 orang untuk rekod markah PAJSK mereka.
Mereka dapat sijil penyertaan secara digital. Selain itu, hadiah paling bermakna sudah tentu e-book IOT, kelas online MBot percuma, dan buku stem bagi pemenang tempat pertama hingga ketiga.
Untuk makluman, mereka ini sertai atas inisiatif sendiri dan sokongan keluarga. Bukan diuruskan oleh IKRC memandangkan situasi pandemik ini. Walaubagaimanapun, kita post disini bagi menyuntik semangat kepada mereka dan lain-lain untuk kekal aktif dan memburu peluang sepanjang PDPR. Dan penghargaan kepada ibubapa yang cakna betapa pentingnya aktiviti seperti ini. Syabas sekali lagi diucapkan
Sentiasa amalkan langkah pencengahan
#janganalpa
#kitajagakita
#keluargamalaysia
Cara simpan pelitup muka semasa makan
Cara pakai pelitup muka yang betul
#kitajagakita
#janganalpa
#stopcovid19
Masukkan 5 perkara dalam hati kita
i. Rasa ingin dekat dengan ALLAH
ii. Rasa ingin diampunkan ALLAH
iii. Rasa ingin dibersihkan
iv. Rasa ingin diangkat darjat
v. Rasa ingin diubah tabiat
Moga ALLAH redha :)
jangan dilupakan pada yang putih,
ianya suci, bersih
pada usia,
sudi juga mengingatkan,
kita kepada kematian
"Kembangkan minat untuk belajar. Jika kamu melakukannya, kamu tidak akan pernah berhenti bertumbuh." - Anthony J. D'Angelo
Raihlah ilmu. Dan untuk meraih ilmu, belajarlah untuk tenang dan sabar.
Tuntutlah ilmu. Di saat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Di saat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu.
Kadang-kadang kita fikir kehidupan orang lain lebih baik, padahal mungkin saja kehidupan dia lebih sukar daripada kehidupan kita, cuma dia saja tidak mengeluh.