Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 64
31 Ogos 2021
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
walupun tiada sambutan diadakan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di harap semangat cintakan malaysia tersemat dalam jiwa,diri kita semua.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 64 Malaysia ku tercinta... Semoga negera kita sentiasa mengecapi keamanan dan kesejahteraan.
Semoga kita terus bebas dari covid19.
"MOTIVASI HAFAZAN AL-QURAN “AL-QURAN MATAKU”
30 Julai 2021
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SM Imtiaz YT Kemaman dengan kerjasama Panitia Hifz & HAfazan mengadakan program motvasi hafazan yang berlangsung pada 30 Julai 2021 | Jumaat pada 9.00 pagi yang melibatkan semua pelajar SM Imtiaz YT Kemaman. Program ini diadakan secara dalam talian melalui GoogleMeet, Youtube PSS Ikem live, Facebook rasmi sekolah. Motivasi ini menjemput Ustazah Kutron Nada binti Marzuki, guru Tahfiz Maahad Darul Mutaqqin sebagai penceramah.
Antara aktivit sepanjang program berlangsung
Program ini diadakan untuk:-
CERAMAH MAAL HIJRAH 1443 HIJRIAH
20 Ogos 2021
Panitia Pendidikan Islam SM Imtiaz YT Kemaman mengadakan program ceramah Maal Hijrah 1443H yang berlangsung pada 20 Ogos 2021 pada 9.30pagi yang melibatkan semua pelajar, ibubapa Dan semua Warga SM Imtiaz YT Kemaman. Program ini diadakan secara dalam talian melalui GoogleMeet, Faceebook Live dan Youtube Tv PSS Ikem Live. Ceramah disampaikan oleh ustaz Hassan Harun Al-Ahmadi Al-hafiz, Ketua Unit Pengurusan Masjid daerah Kemaman dengan tajuk ceramah “ HIJRAH DI ERA PANDEMIK DALAM PEMBELAJARAN NORMA BARU ”. Ceramah ini turut diselitkan dengan aktiviti Kuiz untuk pelajar. Pemenang akan diberikan hadiah dan sijil digital.
Antara pemenang kuiz maal Hijrah 1443h
Ceramah ini diadakan untuk :-
Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah pertandingan E-Ihtifal Pra Universiti
29 Julai 2021
Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah Pertandingan e-Ihtifal Pra Universiti Sekolah- Sekolah KPM 2021 Peringkat Kebangsaan diadakan pada 29 Julai 2021| Khamis pada jam 2.30 petang, diadakan secara atas talian. Majlis disempurnakan oleh Tuan Haji Hassan Nudin Bin A.Hamid, Pengarah, Bahagian pendidikan Islam (BPI).
Antara aktiviti sepanjang program berlangsung
- ucapan aluan oleh Ustaz Ruslan Bin Ibrahim, Pengetua SM Imtiaz YT Kemaman
- Ucapan oleh Tuan Haji Idris Bin Bidin, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman
- Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Hassan Nudin Bin A.Hamid, Pengarah , Bahagian Pendidikan Islam (BPI)
- Pembahagian hadiah kepada pemenang. Antaranya:-
- Pertandingan Tarannum Kategori Lelaki & Perempuan
- Pertandingan Hafazan Juz 1-5 Kategori Lelaki & Perempuan
- Pertandingan Hafazan Juz 1-10 Kategori Lelaki & Perempuan
- Pertandingan Hafazan Juz 1-15 Kategori Lelaki & Perempuan
- Pertandingan Kuiz Maharat Kategori Lelaki & Perempuan
- Pertandingan e-Daie Remaja (Video Dakwah Kreatif)
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Sentiasa amalkan langkah pencengahan
#janganalpa
#kitajagakita
#keluargamalaysia
Cara simpan pelitup muka semasa makan
Cara pakai pelitup muka yang betul
#kitajagakita
#janganalpa
#stopcovid19
Masukkan 5 perkara dalam hati kita
i. Rasa ingin dekat dengan ALLAH
ii. Rasa ingin diampunkan ALLAH
iii. Rasa ingin dibersihkan
iv. Rasa ingin diangkat darjat
v. Rasa ingin diubah tabiat
Moga ALLAH redha :)
jangan dilupakan pada yang putih,
ianya suci, bersih
pada usia,
sudi juga mengingatkan,
kita kepada kematian
"Kembangkan minat untuk belajar. Jika kamu melakukannya, kamu tidak akan pernah berhenti bertumbuh." - Anthony J. D'Angelo
Raihlah ilmu. Dan untuk meraih ilmu, belajarlah untuk tenang dan sabar.
Tuntutlah ilmu. Di saat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Di saat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu.
Kadang-kadang kita fikir kehidupan orang lain lebih baik, padahal mungkin saja kehidupan dia lebih sukar daripada kehidupan kita, cuma dia saja tidak mengeluh.