Sambutan Maulidur Rasul 1443h
19 September 2021
12 Rabiulawal merupakan tarikh yang paling bermakna buat umat islam kerana kelahiran insan tercinta, Nabi Muhammad SAW.
Semoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW terus mekar dalam diri tanpa henti.
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
اللهم صلی علی سيدنا محمد وعلی آل سيدنا محمد
Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam.
Lawatan Mahabbah Pengarah Yayasan Terengganu Ke SM Imtiaz YT Kemaman
18 September 2021
Lawatan Mahabbah YBhg. Dato’ Hj. Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu ke SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman yang telah diadakan pada 17 Oktober 2021 pada 8.30 pagi.
Turut hadir bersama Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Imtiaz),Tuan Hj. Megat Samsudin bin Megat Yusof , Ketua Penolong Pengarah (Projek & Pelaburan) Encik Mohd Nazri bin Muda, dan Pegawai-Pegawai Pengurusan Imtiaz.
#membangunilaimerintiskejayaan
Pertandingan Catur KCE 18 Malaysia Day Peringkat Kebangsaan
7 September 2021
Tahniah dan syabas kepada anak soleh dan solehah pintar atas kejayaan dan pencapaian tempat ke 3 ( Best School Under 15 Kategori) dalam Kejohanan Catur KCE 18 Malaysia Day Peringkat Kebangsaan tahun 2021 yang berlangsung pada 18 September 2021 secara lichess dan google meet.
AL-FAROUQ INTELLIGENT CALIPHS
Bulan Rabiuawal 1443h
8 September 2021 | 1 Rabiulawal 1443h
𝐀𝐇𝐋𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐒𝐀𝐇𝐋𝐀𝐍 𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐁𝐈'𝐔𝐋 𝐀𝐖𝐖𝐀𝐋
Alhamdulillah.
Bulan yang indah kini menjelma. Bulan inilah yang menyimpan segala sejarah kebangkitan Islam dan kelahiran kekasih kita, Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wassalam. Tiadalah nikmat rahmat yang paling besar sekali melainkan nikmat kejadian dan diutuskan Allah SWT, Nabi Muhammad SAW seperti disebut dalam firman yang bermaksud:
"Tidak kami (Allah) utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat kepada sekalian alam." (Surah al-Anbiya, ayat 107).
Ayuh tingkatkan ibadah penuh khusyuk kepada Allah SWT dan ayuh berselawat penuh cinta kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Moga-moga, kita menerima syafaat Baginda di akhirat nanti.
Kejohanan Pertandingan Silat Negeri Terengganu 2021
5 Oktober 2021
Tahniah dan syabas kepada anak solehah pintar Nur Auja Yumna Binti Yusof atas pencapaian 2 emas, 1 perak dalam pertandingan Kejuaraan 1 Sekolah 1 Silat Negeri Terengganu 2021 kategori solo kreatif putri dan jurus tunggal putri (13-14tahun), Kategori regu (13-14 tahun) secara atas talian yang berlangsung pada 24-25 september 2021.
AL-FAROUQ INTELLIGENT CALIPHS
Sentiasa amalkan langkah pencengahan
#janganalpa
#kitajagakita
#keluargamalaysia
Cara simpan pelitup muka semasa makan
Cara pakai pelitup muka yang betul
#kitajagakita
#janganalpa
#stopcovid19
Masukkan 5 perkara dalam hati kita
i. Rasa ingin dekat dengan ALLAH
ii. Rasa ingin diampunkan ALLAH
iii. Rasa ingin dibersihkan
iv. Rasa ingin diangkat darjat
v. Rasa ingin diubah tabiat
Moga ALLAH redha :)
jangan dilupakan pada yang putih,
ianya suci, bersih
pada usia,
sudi juga mengingatkan,
kita kepada kematian
"Kembangkan minat untuk belajar. Jika kamu melakukannya, kamu tidak akan pernah berhenti bertumbuh." - Anthony J. D'Angelo
Raihlah ilmu. Dan untuk meraih ilmu, belajarlah untuk tenang dan sabar.
Tuntutlah ilmu. Di saat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Di saat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu.
Kadang-kadang kita fikir kehidupan orang lain lebih baik, padahal mungkin saja kehidupan dia lebih sukar daripada kehidupan kita, cuma dia saja tidak mengeluh.