Allahamdulillah, pada 28 - 30 Disember 2021, seramai 38 orang guru dan kakitangan yang terdiri daripada SM Imtiaz YT Kemaman, SM Imtiaz YT Dungun dan SM Imtiaz YT Kuala Berang telah menyertai misi kemanusiaan mangsa banjir yang bertempat di Temerloh Pahang. Pasukan sukarelawan Imtiaz YT telah memberi bantuan membersihkan Sek Ren Agama At-Takwa, Tabika Kemas Kampung Paya Kechik, Suran dan beberapa buah rumah penduduk kampung Paya Kechik. Selain itu memberi sumbangan berbentuk wang dan barang. Program ini di anjurkan bersama Bahagian Pengurusan Imtiaz, Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan SM Imtiaz YT Kemaman, SM Imtiaz YT Dungun dan SM Imtiaz YT Kuala berang.